'TRIP TO BANGKOK' (Part 1)
Sudah lama rasanya tidak berkunjung dan bertanya khabar
dengan ruangan blog aku ni.. untuk entry ni aku cuba untuk menulis dalam Bahasa
ibundaku (maaf jika ada percampuran Bahasa atau ada merosakkan Bahasa). Sebelum
aku memulakan cerita, pengalaman atau al-kisah ‘trip’ aku ni, biarlah aku terangkan serba
sedikit tentang ‘trip’ ni. ‘CMAP Academic Trip to Bangkok’ ni adalah ‘trip’
untuk pelajar semester 5, Communication Management and Policy (CMP), Fakulti
Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM ( tu diaa..panjang naa..), tapi sayang..
tak semua dapat pergi, hanya 19 orang pelajar termasuk aku dan 3 orang
pensyarah pengiring yang dapat sertai ‘trip’ ni.
Tujuan ‘trip’ ni diadakan
adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana kursus
komunikasi di luar negara (Chulalongkorn University, Bangkok) diajar dan
diketengahkan termasuk budaya dan teknologi yang digunakan. Tapi apa yang
penting ‘trip’ ni adalah untuk our last
moment as final year students in UiTM! Sebab lepas ni kami dah masuk
praktikal..masing-masing dengan haluan masing-masing..ye dakk?
Bahagian 1 (Berlepas…)
30 Okt 2014, Khamis
Tepat pukul 6.30 pagi (sejuk!!!) kami semua berkumpul di
perhentian bas berhadapan dengan Fakulti Pergigian. Bermulalah sebuah
perjalanan atau ‘trip’ yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran dan dengan
penuh ketidak sabarannya…haha jitu ayat. Jadi, kami pun mula bertolak tepat
pukul 7.00 pagi setelah selesai mengemas semua barang keperluan ke dalam perut
bas UiTM yang kami cintai.. hehe maaf, mulanya nak tulis entry ni dengan Bahasa
serius tapi jadi lain pulak.
Setibanya kami ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA
2), masing-masing semua kebuluq nak makan, mana tak kebuluq pagi-pagi buta dah
terpacak tunggu bas dengan menggunakan kudrat membawa beg-beg bekalan untuk
berjuang...eh ter ‘over’ plak hahahaha!!! Makna katanya, perut kami kosong,
masuk angin, dahagakan makanan. Sebelum misi mencari makanan bermula apa kata
kita ber ‘selfie’ dulu!! Hehe..
Belanja 'selfie' dulu sebelum bertolak...huhu |
Seusai
sarapan, kami berkumpul semula dan bergerak bersama untuk ‘check in’ di kaunter.
Mak aii.. dia punya tempat nak ‘check in’ tu punya la jauhh bak ang..penat
cheqq tercungap-cungap. Tapi buat tak layan je laa sebab seronok sangat hati ni
dapat pergi trip dengan kawan-kawan sekelas.
yuhuuu beg2 yang menjadi bekalan kami..hehe |
muka excited pakcik2 n makcik2.. |
yeayyy!! nak masuk perut kapal terbang!! |
Memandangkan ini kali pertama aku ke luar negara dan naik
‘flight’ katanya.. hehe jadi ada laa beberapa ‘rules and information’ yang aku
dapat tahu yang mana, aku rasa orang lain yang dah biasa ke luar Negara akan
tahu as it is a basic things that we have
to know. Hurmmm.. kan dah bercampuqq Bahasa aku.
- Kalau naik Air Asia (sebab kami semua naik Air Asia), ‘luggage’ tak boleh lebih dari 20kg (untuk check in bag).
- Kalau nak bawa beg ke dalam kabin pulak haruslah tidak melebihi 7 kg.
- Bahan-bahan seperti cecair, aerosol dan gel pulak dihadkan minimum 100ml je untuk dibawa ke dalam kabin. Senang cerita, alatan make-up and ‘toiletries’ semua tu letak je dalam beg yang nak di ‘check in’. tak perlu bawa dalam kabin sebab kisahnya nanti semua barang-barang tu akan dibuang kalau lebih dari 100ml. menangisssslahh jawabnya..
Haaa.. ‘basic’ je kan tu.. ok nak dipendekkan cerita, kami
pun berlepas dari KLIA2 pada pukul 11.45 pagi waktu Malaysia, flight AK 882,
seat 5B. Oh! Bangkok kami datang!