Wednesday, February 11, 2015

'TRIP TO BANGKOK' (Part 1)

Sudah lama rasanya tidak berkunjung dan bertanya khabar dengan ruangan blog aku ni.. untuk entry ni aku cuba untuk menulis dalam Bahasa ibundaku (maaf jika ada percampuran Bahasa atau ada merosakkan Bahasa). Sebelum aku memulakan cerita, pengalaman atau al-kisah ‘trip’ aku ni, biarlah aku terangkan serba sedikit tentang ‘trip’ ni. ‘CMAP Academic Trip to Bangkok’ ni adalah ‘trip’ untuk pelajar semester 5, Communication Management and Policy (CMP), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM ( tu diaa..panjang naa..), tapi sayang.. tak semua dapat pergi, hanya 19 orang pelajar termasuk aku dan 3 orang pensyarah pengiring yang dapat sertai ‘trip’ ni. 

Tujuan ‘trip’ ni diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana kursus komunikasi di luar negara (Chulalongkorn University, Bangkok) diajar dan diketengahkan termasuk budaya dan teknologi yang digunakan. Tapi apa yang penting ‘trip’ ni adalah untuk our last moment as final year students in UiTM! Sebab lepas ni kami dah masuk praktikal..masing-masing dengan haluan masing-masing..ye dakk?

Bahagian 1 (Berlepas…)
30 Okt 2014, Khamis
Tepat pukul 6.30 pagi (sejuk!!!) kami semua berkumpul di perhentian bas berhadapan dengan Fakulti Pergigian. Bermulalah sebuah perjalanan atau ‘trip’ yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran dan dengan penuh ketidak sabarannya…haha jitu ayat. Jadi, kami pun mula bertolak tepat pukul 7.00 pagi setelah selesai mengemas semua barang keperluan ke dalam perut bas UiTM yang kami cintai.. hehe maaf, mulanya nak tulis entry ni dengan Bahasa serius tapi jadi lain pulak.


Setibanya kami ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2), masing-masing semua kebuluq nak makan, mana tak kebuluq pagi-pagi buta dah terpacak tunggu bas dengan menggunakan kudrat membawa beg-beg bekalan untuk berjuang...eh ter ‘over’ plak hahahaha!!! Makna katanya, perut kami kosong, masuk angin, dahagakan makanan. Sebelum misi mencari makanan bermula apa kata kita ber ‘selfie’ dulu!! Hehe..

Belanja 'selfie' dulu sebelum bertolak...huhu
Seusai sarapan, kami berkumpul semula dan bergerak bersama untuk ‘check in’ di kaunter. Mak aii.. dia punya tempat nak ‘check in’ tu punya la jauhh bak ang..penat cheqq tercungap-cungap. Tapi buat tak layan je laa sebab seronok sangat hati ni dapat pergi trip dengan kawan-kawan sekelas. 

yuhuuu beg2 yang menjadi bekalan kami..hehe
muka excited pakcik2 n makcik2..
yeayyy!! nak masuk perut kapal terbang!!
Memandangkan ini kali pertama aku ke luar negara dan naik ‘flight’ katanya.. hehe jadi ada laa beberapa ‘rules and information’ yang aku dapat tahu yang mana, aku rasa orang lain yang dah biasa ke luar Negara akan tahu as it is a basic things that we have to know. Hurmmm.. kan dah bercampuqq Bahasa aku. 
  1. Kalau naik Air Asia (sebab kami semua naik Air Asia), ‘luggage’ tak boleh lebih dari 20kg (untuk check in bag).
  2. Kalau nak bawa beg ke dalam kabin pulak haruslah tidak melebihi 7 kg.
  3. Bahan-bahan seperti cecair, aerosol dan gel pulak dihadkan minimum 100ml je untuk dibawa ke dalam kabin. Senang cerita, alatan make-up and ‘toiletries’ semua tu letak je dalam beg yang nak di ‘check in’. tak perlu bawa dalam kabin sebab kisahnya nanti semua barang-barang tu akan dibuang kalau lebih dari 100ml. menangisssslahh jawabnya..

Haaa.. ‘basic’ je kan tu.. ok nak dipendekkan cerita, kami pun berlepas dari KLIA2 pada pukul 11.45 pagi waktu Malaysia, flight AK 882, seat 5B. Oh! Bangkok kami datang!